· Bahagian-bahagian dan fungsi
OHP
 |
Overhed projector jenis kotak
|
Overhed projector jenis bimbit
·
Pengendalian
OHP
Dengan terciptanya Projektor Overhed
(OHP) dan transparensi, secara tidak langsung dapat membantu guru dalam
menyampaikan bahan pelajaran kepada pelajar secara efektif. Ia juga
merupakan alat bagi perhubungan antara guru dan murid di dalam bilik
darjah. Alat OHP telah diubahsuai bagi tujuan pengajaran di bilik
darjah, dewan kuliah dan sebagainya iaitu dengan terciptanya model-model
terbaru yang ringan dan mudah dikendalikan.OHP lebih merupakan kepada alat
bantuan mengajar bagi membantu guru mencapai pengajaran yang efektif.
Pelajar akan lebih cepat menerima pelajaran dengan cara melihat, mendengar
dan melakukan nya. Ini dapat dilakukan dengan penggunaan OHP dan
penggunaan transparensi yang rapi dan sistematik oleh guru.
Menurut Kemp (1980), penggunaan transpaeransi dapat menyampaikan
maklumat pengajaran yang mengandungi konsep, langkah-langkah pelajaran dan
fakta-fakta rumusan kepada kumpulan sasaran yang besar.
Terdapat pelbagai model OHP di pasaran sama ada yang berat atau
ringan.
Alat OHP yang ada di sekolah-sekolah sepatutnya dapat digunakan dengan
baik oleh semua guru. Guru perlu memahami dan mengenali alat OHP
sebelum menggunakannya. Guru harus tahu bahagian-bahagian penting pada OHP
seperti suis on dan off; fokus; pancaran tayangan dan mentol. Setelah
memahami fungsi bahagianbahagian penting pada OHP, ada baiknya guru membuat
beberapa uji tayang menggunakan transparensi yang direka sebelum memulakan
pengajaran. Ini bertujuan menentukan kedudukan pancaran tayangan adalah
betul dan tepat pada layar atau dinding yang berwarna cerah. Guru
seboleh-bolehnya perlu mengelakkan pancaran tayangan yang tidak tepat atau
ada kesan keystone. setelah guru benar-benar memahami dan mengenali OHP,
mereka dapat menggunakannya dengan penuh keyakinan dalam menyampaikan
sebarang bentuk pengajaran.
Sistem unjuran overhed
Terdapat 6 kompenan asas iaitu:
1) Pengguna
2)Transperansi
3) Projector
4) Layar
5) Bilik persembahan
6) pelajar
·
Kelebihan dan kelemahan penggunaan
OHP
KELEBIHAN PENGGUNAAN OHP
Kelebihan penggunaan Overhead projektor merupakan salah satu media yang sangat mudah diperoleh oleh setiap orang. Hanya dengan menekan tombol on atau off lalu menyesuaikan lensa agar proyeksinya terfokus pada layar maka OHP telah siap digunakan.
OHP memiliki beberapa keuntungan utama yang tidak dimiliki oleh media instruksional lain, diantaranya :
1. Mudah dioperasikan.
2. Memudahkan posisi mengajar
3. Tidak perlu mengubah cahaya lampu
4. Hemat waktu
5. Dapat digunakan kembali
6. Mudah disimpan
7. Kemampuan memproyeksikan benda nyata
8. Kemampuan menggantikan papan tulis
9. Bebas polusi
10.Pantulan proyeksi gambar dapat terlihat jelas pada ruangan yang terang.
11. Dapat menjangkau kelompok yang besar.
Kelemahan OHP diantaranya tidak bisa dipakai, dalam kondisi atau keadaan tertentu, misalnya saja OHP memerlukan tenaga listrik untuk menyalakan dan tergantung pada plastik bening yang digunakan untuk transparansi. OHP juga menuntut perhatian khusus untuk menghindari kerusakan pada saat medium digunakan.
Kelemahan lainnya adalah bahwa OHP tidak memproyeksikan tulisan atau gambar langsung dari buku, majalah, dsb. Sebelum diproyeksikan bahan- bahan tersebut harus diproduksi diatas sebuah transparansi. Disamping itu transparansi hanya dapat menampilkan gerakan-gerakan yang sangat terbatas.
·
Jenis-jenis transparensi
1. Jenis tulis dengan pen khas
Pelbagai ketebalan; biasa cerah, terdapat juga yang berwarna; bahan lutsinar lain juga boleh digunakan.
2 Jenis “Thermal” / Peka Haba
Filem T biasa yang mempunyai permukaan bersalut lapisan kimia peka haba. Dengan alat pembuat stensil thermal
3. Jenis “Photocopy” / Salin Foto
Menggunakan mesin fotokopi atau pencetak laserjet
4 Jenis cetakan dengan pencetak injek
Permukaan sebelahnya kesat, bahagian kesat ini yang akan dicetak.
·
Teknik penyediaan dan persembahan transparensi
Prinsip umum dalam penyediaan transperansi terdiri daripada kepadatan kandungan, reka letak, format dan ruang lingkup transparensi.
(a) Rancang kaedah atau teknik yang sesuai sebelum memulakan kerja-kerja membuat lutsinar dengan peralatan yang sedia ada.
(b) Analisis maklumat yang akan disampaikan dengan teliti dari aspek kegunaan, objektif dan kandungan.
(c) Tentukan format persembahan. Format memanjang atau menegak. Elakkan daripada mencampuradukkan format.
d) Pastikan setiap ciptaan (grafik, pernyataan)Pastikan setiap ciptaan (grafik, pernyataan) berada dalam 2 cm daripada tepi bahan lutsinar.
e) Kejelasan huruf bergantung kepada jenis, saiz, jarak antara huruf dan jarak antara baris.
(f) Imej terkecil di layar haruslah 1 inci tingginya bagi setiap 30 kaki jarak tayangan
.(g) Gunakan huruf yang lebih besar bagi tajuk dan subtajuk.
(h) Hadkan tulisan di antara 6 hingga 7 baris dalam sekeping transperansi
(h) Gunakan 7 hingga 10 perkataan untuk sebaris ayat.
1. PROSES KERJA
Proses kerja di bawah ini merupakan satu panduan menghasilkan media transparensi bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
1. Peringkat Analisis
a) Analisis Pelajar
Sebelum anda menyediakan, antara yang perlu difikirkan ialah perkara-perkara berikut:
• Apakah latarbelakang pelajar?
• Bolehkah transparensi menarik minat pelajar?
• Bolehkah ia ditayangkan dengan jelas dalam sesebuah bilik darjah?
b). Analisis Kandungan
• Cuba analisiskan keseluruhan isi kandungan subjek anda, adakah ia sesuai dengan media transparensi
2. Peringkat Rekabentuk
(a) Rekabentuk bahan
• Pastikan rekabentuk transparensi anda memenuhi prinsip-prinsip visual grafik
.•Contohnya enam asas reka letak yang ditekankan oleh CASPER Contrast (kontras)12
• Alignment (seimbang)
• Simplicity (simplisiti)
• Proximity (ketepatan)
• Emphasis (penekanan)
• Repetition (pengulangan)
• Pastikan anda membaca dan memahami panduan penggunaan Transparensi OHP dengan berkesan seperti berikut:
1. Tarik perhatian penonton – pasang dan padam suis – pasang semula suis setelah penonton melihat kita.
2. Tonjolkan bahagian-bahagian – tutup dengan kertas – tonjolkan idea satu per satu.
3. Bina idea – gunakan teknik tindan-tindih ‘overlay’ – boleh bina idea yang komplek.
4. Jangan biarkan skrin tiada visual – letakkan transperansi baru di atas yang lama – tarik yang lama – efek ‘dissolve’.
5. Tunjuk kepada imej – gunakan pen/pensil – letakkan di atas transperansi.
6. Cara spontan – rancangkan untuk tokok tambah maklumat tambahan –kalau slaid yang penting letakkan slaid kosong di atas.
7. Gunakan nota – kata kunci pada bingkai transperansi –nampak seoleh-oleh natural dalam penyampaian.
8. Wujudkan kesamaan – penonton fikir kita profesional – gunakan saiz fon dan stail yang konsistan.
9. Elakkan menconteng di atas transperansi gunakan nota/lambaran –boleh juga gunakan papan tulis
• Pastikan anda memahami asas dalam penyediaan transparensi OHP dan jenisjenisnya.
• Cuba baca tentang teknik-teknik untuk mencapai persembahan transparensi OHP yang berkesan
• Pilih peralatan yang sesuai untuk penghasilan transparensi anda.
• Bina transperansi anda berasaskan rekabentuk pengajaran anda.
3. Peringkat Perlaksanaan
• Cadangkan bagaimana bahan media transparensi anda boleh digunakan dalam peringkat P&P yang tertentu
.• Cuba fikirkan bagaimana anda boleh mempelbagaikan kaedah penggunaannya di masa hadapan.
4. Peringkat Penilaian
• Selepas proses P&P menggunakan bahan hasilan transperansi tersebut, adakah ia benar-benar memberi impak kepada proses pembelajaran.
• Apakah aspek bahan transperansi yang dihasilkan tersebut perlu dibaiki lagi?